Sukan Hari Ini

Qatar nafi rasuah pegawai Fifa

Qatar

PENGANJUR Piala Dunia 2022, Qatar menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pihak mereka menyogok pegawai atasan untuk mendapatkan hak kejohanan tersebut, lapor Al-Jazeera.

Dalam sebuah kenyataan, jawatankuasa penganjur Persekutuan
Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) berkata, pihaknya sentiasa mengekalkan piawaian, etika dan integriti sebagai langkah dan usaha untuk berjaya.

Walaupun wujud penafian dari pihak penganjur Fifa-Qatar, pihaknya menyatakan kesudian mereka untuk memberikan kerjasama penuh ke atas siasatan yang dijalankan oleh pegawai penyiasat, Michael Garcia.

“Kami akan berikan kerjasama penuh terhadap penyiasatan yang sedang dijalankan oleh Garcia dan kami yakin bahawa pihak kami bersih daripada dakwaan sedemikian.

“Pihak kami yakin bahawa kami memperoleh hak kejohanan Fifa 2022 dan menjadi tuan rumah secara adil,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, dunia sukan dikejutkan dengan dakwaan oleh portal berita The Sunday Times yang dikatakan mendedahkan pengambilan wang rasuah AS$5 juta oleh seorang pegawai kejohanan Fifa-Qatar, Mohamed Hammam ke atas seorang pegawai bola sepak Fifa.

Laporan berita tersebut turut menyatakan bahawa pihaknya mempunyai bukti beratus e-mel, nombor akaun dan dokumen yang membuktikan bahawa Mohammed terlibat dalam penyelewengan rasuah dalam kejohanan tersebut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");