Sukan Hari Ini

Robben: Jangan hilang fokus

robben

ARJEN Robben menggesa rakan sepasukannya agar cepat serasi dengan cuaca panas di Fortaleza menjelang aksi pusingan kedua menentang Mexico, tengah malam ini.

Menurut Robben, faktor cuaca memainkan peranan penting dalam perlawanan itu dan ia boleh dianggap kelebihan buat Mexico.

Pada masa sama, Robben mengingatkan The Oranje supaya tidak memandang rendah keupayaan lawan.

Jelasnya, beraksi di kelompok 16 terbaik membuktikan lawan (Mexico) bukanlah pasukan mudah ditewaskan kerana mereka mempunyai pemain berpengalaman dan semangat yang tinggi.

“Suhu panas boleh jejaskan tumpuan kami. Jadi, kami perlu fokus supaya Mexico tidak ambil kesempatan.

“Sebarang kesilapan pasti meragut peluang kami untuk meneruskan kemaraan ke suku akhir.

“Pemain kini telah bersedia untuk memastikan kemenangan dan percaya semangat seumpama ini banyak membantu Belanda mengharungi kempen Piala Dunia 2014,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");