Sukan Hari Ini

Sekat penyerang import!

terengganu bola

Kuala Lumpur: Skuad negara akan ketandusan penyerang berbakat dan merosot! Itu pandangan Setiausaha Kehormat Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM) Datuk Khaidir Buyong susulan penguasaan berterusan penyerang import dalam senarai penjaring bagi Liga Super dan Perdana.

Hanya Norfarhan Muhammad dari Terengganu yang meledak tujuh gol berada dalam senarai 10 pemain teratas Liga Super manakala Indra Putra Mahayuddin menjaringkan 10 gol bersama FELDA United FC dalam kancah Liga Perdana.

Kasut Emas musim ini dimenangi penyerang Brazil, Paulo Rangel yang mewakili Selangor dan penyerang FELDA United, Edward Junior Wilson dari Liberia dengan masing-masing unggul dalam kancah Liga Super dan Perdana.

“Tiada apa yang boleh dilakukan kerana setiap pasukan ingin menang. Sesetengah pasukan menggunakan hingga dua penyerang import.

“Tapi, dalam jangka panjang, skuad negara yang akan mendapat kesan negatif kerana kita tidak mempunyai penyerang berwibawa untuk diketengahkan di pentas antarabangsa.

“Pada saya, kita harus berwaspada bermula daripada sekarang terhadap perkembangan ini dan seboleh-bolehnya hanya seorang penyerang import dibenarkan beraksi bagi sesebuah pasukan, namun terpulang kepada FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) untuk memantau perkembangan ini. Had empat pemain import tidak perlu dikurangkan cuma penyerang import dalam sesebuah pasukan perlu dihadkan,” katanya.

Cadangan Khaidir itu dilihat bagi memberi peluang kepada penyerang tempatan untuk berada dalam kesebelasan utama, bergandingan bersama penyerang import.

Menurutnya, situasi melanda liga domestik ini bakal menjadikan ketua jurulatih baru ‘pening kepala’ kerana tidak mempunyai penyerang tempatan berkaliber untuk diketengahkan.

Kelibat penyerang tempatan dalam kancah domestik yang sering disisihkan pasti akan menjejaskan prestasi mereka apabila tampil bersama skuad negara kerana seseorang pemain perlu aksi kompetitif untuk mengekalkan prestasinya.

FAM pada 2012 membenarkan kembali penggunaan pemain import selepas mengharamkannya pada 2009, sehingga ada pihak berpandangan kejayaan skuad negara menjulang Piala AFF 2010 buat kali pertama berpunca daripada langkah berkenaan.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");