Berita Hari Ini

Skop tugas diketahui dalam masa terdekat

ka siong 2

PUTRAJAYA – Datuk We Ka Siong yang memulakan tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini berkata beliau masih belum mengetahui skop tugasnya.

“Saya masih menunggu arahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tentang skop kerja. Mungkin dalam beberapa hari lagi akan dapat arahan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabat sementara beliau di Menara Usahawan di sini.

Ka Siong yang juga Timbalan Presiden MCA berkata, walau apa juga skop kerja yang diberi, beliau akan menyahut cabaran itu dan melaksanakannya sebaik mungkin demi rakyat dan negara.

Pada Rabu lepas, Najib mengumumkan pelantikan tiga menteri penuh dan tiga timbalan menteri baharu daripada MCA dan Gerakan.

Selain Ka Siong, turut dilantik sebagai menteri penuh ialah Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (Menteri Pengangkutan) dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong (Menteri di Jabatan Perdana Menteri). – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");