Membawang Hari Ini

Sleeq bakal berkahwin

sleeq

Meskipun nama Sleeq sudah tidak asing dalam kalangan penggemar muzik tempatan, namun hanya selepas tiga tahun barulah pembikinan SleeQ The Album 2014 berjaya disiapkan sepenuhnya.

Bagaimanapun, enam daripada lapan lagu di dalam album itu terlebih dulu sudah dilancarkan sebagai single. Sleeq juga tampil dengan dua single terbaru iaitu Tepi Sikit duet bersama Joe Flizzow dan #1.

Dianggotai Muhammad Alif Abdullah atau Alyph, 25, dan Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah (Syarif), 25, perjalanan karier muzik Sleeq di negara ini pada awalnya agak terumbang-ambing.

Apatah lagi, melalui syarikat yang menguruskan mereka sebelum ini, Sleeq pernah kerugian sebanyak RM15,000 gara-gara ditipu.

Namun, enggan patah semangat untuk meneruskan perjuangan muzik diminati, Alyph dan Syarif memasang strategi sendiri. Walaupun mengalami kerugian kerana ditipu, namun itulah pengalaman yang mematangkan mereka.

Alyph berkata, bukan mudah untuk Sleeq menapak dan seterusnya membina nama hingga ke tahap ini.

Katanya, pelbagai dugaan dan cabaran pernah dihadapi Sleeq.

“Bagaimanapun, muzik adalah minat utama kami. Jadi, apabila sekali sudah melangkah, pastinya kami tidak mahu berundur lagi. Pun begitu, mujur akhirnya kami bertemu dengan bintang terkenal seperti Aaron Aziz yang memahami perjuangan kami.

“Tak dinafikan, Aaron memang lebih cenderung dalam lakonan berbanding muzik. Namun, disebabkan dia memahami perjuangan Sleeq dan pernah melalui pengalaman seperti kami, jadi bantuannya yang menjadikan Sleeq sebagai artis naungan Aaron Aziz Production amat dihargai.

“Kesilapan kami yang tersalah percaturan dulu banyak membantu Sleeq untuk berkerja keras sehing­galah berada pada tahap sekarang. Ia pengalaman amat berharga pada kami,” kata Alyph.

Tidak berselindung me­ngenai kisah peribadi mereka, Alyph dan Syarif juga akan menamatkan zaman solo mereka tidak lama lagi.

Majlis perkahwinan Alyph akan berlangsung 13 September ini, manakala Syarif pula 22 No­vember nanti.

Mengakui mereka berdua sudah bersedia memikul tanggungjawab membina keluarga, Alyph berkata, perkahwinan adalah lumrah manusia. Lagi pun, peminat sekarang lebih bersikap terbuka.

Menurut Alyph, dia dan Syarif mengambil pendekatan tidak menyembu­nyikan kehidupan peribadi mereka.

Katanya, pada zaman serba moden kini, pelbagai maklumat boleh diperoleh hanya di hujung jari.

“Apatah lagi, saya dan Syarif yang dikenali sebagai Sleeq kini terbabit dalam karier seni yang sememangnya menjadi perhatian ramai. Oleh itu, kami sedar selain perkembangan karier, peminat juga mengambil tahu kisah peribadi.

“Oleh itu, sama ada saya mahupun Syarif tidak pernah menyembunyikan kehidupan peribadi. Jadi, peminat tahu siapa pasangan kami dan mereka nampak­nya menerima dengan baik.

Memaklumkan bercadang membawa pasangan mereka menetap di Malaysia selepas berkahwin, Alyph berkata, penghijrahan itu bagi memudahkan perjalanan karier nyanyian Sleeq diatur dengan lebih mantap.

Lagu #1 dicipta khas untuk tunang

Selain soko­ngan padu yang diterima daripada keluarga, Sleeq juga me­ngakui tunang mereka juga memainkan peranan sebagai tulang belakang.

Apa yang pasti, ujar mereka tunang sangat memahami tuntutan karier seni.

Syarif berkata, tidak salah rasa­nya untuk Sleeq mencipta satu lagu istimewa untuk ditujukan khas kepada tunang mereka sebagai tanda terima kasih di atas sikap memahami mereka.

“Saya akui lagu #1 yang menjadi single terbaru Sleeq adalah kisah mengenai tunang kami. Saya dan Alyph bersyukur pencarian cinta kami akhirnya dipertemukan dengan gadis impian masing-masing.

“Tunang kami orangnya sederhana dan yang penting sangat memahami. Meskipun ada kalanya, kami perlu berjauhan kerana Sleeq ke Malaysia dan mereka di Singapura, namun ia tidak memberi masalah.

“Mereka sangat faham dan menyokong karier kami. Apapun , lagu #1 ini juga sebenarnya khusus untuk golongan wanita. Ia mengisahkan cinta seorang lelaki kepada wanita yang menjadi kekasihnya,” kata Syarif.

Mengulas pula mengenai strategi ‘berduet’, Syarif memaklumkan memang tak dinafikan Sleeq The Album 2014 lebih memuatkan lagu duet kerana hanya tiga lagu saja nyanyian sepenuhnya Sleeq.

“Kami memilih untuk merakamkan lagu secara duet dengan beberapa artis terkenal seperti Joe Flizzow, Najwa latif dan Aaron sendiri bukanlah berniat untuk menumpang nama atau populariti mereka.

“Lagu secara duet diketengahkan kerana kami melihat ada peluang untuk peminat masing-masing memberikan sokongan. Apatah lagi, lagu dihasilkan itu disukai ramai.

“Secara tidak langsung, ia sebenarnya membantu populariti artis. Bahkan, ia sekurang-kurangnya menunjukkan pada peminat artis diminati itu memiliki produk baru,” katanya.

Mengulas mengenai kerjasama dengan Joe Flizzow, diakui Syarif sebagai pengalaman sangat bermakna.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");