Sukan Hari Ini

Van Persie minta Belanda terus fokus buru kemenangan

SALVADOR: Bintang Belanda, Robin van Persie tidak mahu dibuai dengan kejayaan memalukan juara dunia Sepanyol, 5-1 pada perlawanan pembukaan Kumpulan B, awal pagi tadi dan berharap rakan sepasukannya terus fokus ketika berdepan Australia pada aksi seterusnya.

Van Persie dan Arjen Robben masing-masing meledak dua gol bagi membalas dendam kekalahan mereka di pentas final, empat tahun lalu yang mencetus rekod kekalahan terbesar buat penyandang juara itu sejak sedekad lalu.

“Kami tidak pernah berhenti menyerang dan pada pendapat saya, ia mampu menjadi enam, tujuh atau lapan gol. Namun saya pernah berada pentas ini sebelum ini, ia adalah kejohanan kelima buat saya dan hanya tiga mata dan satu kemenangan.

“Kini kami perlu fokus untuk perlawanan berikut menentang Australia,” kata Persie yang juga pemain Manchester United dengan aksinya turut mendapat pujian jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque.

Satu lagi jaringan Belanda disumbang Stefan De Vrij dengan jaringan tunggal Sepanyol adalah menerusi penalti yang disempurnakan Xabi Alonso.

Di sebalik kemenangan besar, jurulatih Belanda, Louis van Gaal berkata pasukannya mampu terus meningkat di bawah sistem baru yang diperkenalkannya.

“Tiada sebarang keraguan kami boleh meningkat. Kamu boleh melihat pada 20 minit terakhir yang mula memegang bola dengan penuh yakin. Keputusan seperti ini memberi keyakinan kepada pemain,” katanya.

– AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");