Perak Hari Ini

Wanita UMNO Zahir Penghargaan, Terima Kasih Kepada Pengundi

Sayap Wanita UMNO menzahirkan penghargaan kepada pengundi Teluk Intan yang memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, semalam.

Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyifatkan pilihan raya itu antara yang paling mencabar dan sengit bagi BN.

“Alhamdullilah, pengundi Teluk Intan menunjukkan kebijaksanaan serta kematangan mereka dalam membuat keputusan dengan menolak unsur perkauman,” katanya.

Tambah beliau lagi, keputusan yang berpihak kepada BN itu juga memberi isyarat jelas kepada masyarakat di luar sana mengenai penolakan unsur politik perkauman dalam parti.

“Pengundi di sini inginkan sebuah parti yang mampu membawa perpaduan dan kestabilan terhadap negara,” tambahnya lagi.

Wanita BN juga katanya, akan sentiasa menjadi tulang belakang jentera parti dengan bersandarkan semangat setia kawan yang begitu akrab.

“Adalah lumrah untuk BN menepati janji yang dinyatakan kepada rakyat di sini,” ujarnya lanjut.

Tambahnya lagi, kejayaan Presiden Gerakan itu juga merupakan satu era baharu kepada perjuangan politik BN khususnya di Teluk Intan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");