Berita Hari Ini

6,800 murid khatam al-Quran

khatam al quran

BANDARAYA MELAKA – Seramai 6,800 murid tahun enam Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam (Jaim) di seluruh negeri khatam al-Quran serentak di Masjid Al-Azim, semalam.

Daripada jumlah berkenaan, seramai 3,712 pelajar dari daerah Melaka Tengah, Jasin (1,445) dan Alor Gajah (1,650) orang yang turut membabitkan 492 guru pengiring.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, program yang bukan sekadar meraikan pelajar menamatkan pengajian membaca al-Quran tetapi lebih penting memahami mesej dan pengertian kitab suci itu.

Menurutnya, penghayatan kepada isi al-Quran akan memberi inspirasi dan galakan untuk berusaha mendekatkan diri kepada pencipta serta menguasai segenap bidang ilmu pengetahuan.

“Memahami al-Quran seseorang mengenal tuntutan tauhid, maka dengan melalaikan kitab ini akan mengakibatkan mereka terjerumus kepada kesyirikan.

“Apa yang ditakuti ialah kekerasan hati dan dikunci mata hati kita kerana melalaikan kitab suci ini,” katanya sempena Majlis Khatam al-Quran Perdana Sekolah SRA Jaim/Kafa Peringkat Negeri di Masjid Al-Azim, di sini, semalam.

Terdahulu teks ucapan beliau dibacakan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi, Datuk Md Yunos Husin.

Beliau berkata, penguasaan ilmu pengetahuan adalah teras bagi membentuk bangsa cemerlang dan berjaya yang didasari oleh jati diri dengan ketinggian akhlak serta budi.

Katanya, insan berilmu seperti itu akan dapat menguasai dan menguruskan alam, memanfaatkan segala nikmat untuk kesejahteraan ummah.

“Integrasi ilmu ini menyebabkan pandangan ilmuwan Islam amat luas dan berkait rapat antara satu sama lain.

“Suka saya ingatkan, apabila harapan kerajaan ini difokuskan kepada generasi penerus sudah tentu antaranya ialah anak-anak yang akan menjadi pemimpin, penggerak pembangunan dan seterusnya merealisasikan agenda serta wawasan negara,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");