Jenayah

‘Adam Daniel’ promosi mercun di FB

sebahagian mercun

KUANTAN – Seorang lelaki ditahan polis gara-gara mempromosi mercun melalui laman sosial Facebook menggunakan nama  samaran ‘Adam Daniel’.

Laman sosial itu mula dikesan melakukan promosi terbabit pada Selasa lalu sebelum pihak berkuasa mendapat nombor telefon dan mengesan tempat tinggal lelaki terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Superintenden Azizan Md Isa berkata, lelaki berusia 29 tahun ditahan di rumahnya dan polis berjaya merampas 20 kotak mercun termasuk bunga api pelbagai jenis bernilai RM1,000.

Menurutnya, lelaki yang bekerja menjual jersi bola di pasar malam itu didapati menjual mercun terbabit sempena Ramadan.

“Promosi atau sebarang usaha menjual mercun dan bunga api adalah salah dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya.

“Peniaga bunga api perlu mendapatkan permit daripada polis dua minggu sebelum hari perayaan,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Azizan berkata, lelaki itu juga menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga sebenar bagi menarik pelanggan.

Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 8, Akta Bahan Letupan dan Kakisan 1957.

Jika sabit kesalahan boleh di penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun dan denda RM10,000.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");