Sukan Hari Ini

Neymar pilih Argentina

neymar

BINTANG muda Brazil, Neymar memilih Argentina sebagai pasukan yang akan menjuarai Piala Dunia 2014.

Argentina yang menewaskan Belanda menerusi sepakan penalti akan bertemu Jerman dalam aksi final, awal pagi Isnin ini.

Menurut Neymar, meskipun Argentina merupakan musuh tradisi Brazil dalam kancah antarabangsa, namun pemain berusia 22 tahun itu tetap memberi sokongan kepada skuad Albiceleste memandangkan dua rakan sepasukannya di Barcelona, Lionel Messi dan Javier Mascherano beraksi dengan negara itu.

Katanya, beliau sekadar menyatakan sokongan padu kepada rakannya.

“Saya sentiasa berkata mahu Argentina mara ke final kerana Brazil akan berada di Maracana, namun ia tidak berlaku seperti itu.

“Apa pun, saya masih mahukan mereka berada di pentas final kerana dua rakan sepasukan saya ada di sana, Messi dan Mascherano dan berharap mereka memenanginya,” kata Neymar.

Neymar dalam pada itu turut memuji Messi dan berkata, trofi Piala Dunia cukup sesuai buat rakan sepasukannya itu yang sudah memenangi pelbagai gelaran sebelum ini.
“Dia memenangi hampir segala-galanya dan saya fikir dia layak untuk bergelar juara dan saya akan bersorak untuknya menjadi juara,” kata Neymar.

Mengulas mengenai kecederaan patah tulang vertebra yang dialaminya itu, Neymar mendedahkan bahawa dia nyaris lumpuh, namun bersyukur masih terselamat kerana jarak keretakan berlaku satu inci daripada kawasan bahaya.

“Saya gembira kerana tidak perlu guna kerusi roda untuk bergerak. Tuhan masih memberkati saya, tapi jika kecederaan itu retak dua sentimeter lagi mungkin saya berada di atas kerusi roda saat ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");