Jenayah

‘Adik manusia istimewa’

barah tulang

Kuala Lumpur: “Sayu hati setiap kali Nur Ariffin bertanya mengenai keadaan dirinya yang tidak normal seperti kakak dan abang yang lain.

“Apa yang saya mampu katakan pada dia…Tuhan memilih adik kerana adik manusia istimewa,” kata Nasrah Mohd Dom dari Bukit Duyong, Melaka.

Nasrah, 53, buntu memikirkan penyakit yang dihadapi Nur Ariffin, 14, apabila disahkan mengalami masalah tulang belakang berbentuk ‘S’ atau Scoliosis sejak lima tahun lalu.

“Saya kesan tulang belakangnya bengkok apabila dia berjalan serta duduk dengan kepala sering menunduk ketika berusia sembilan tahun.

“Bagaimanapun lama-kelamaan keadaan makin serius kerana bahunya pula tinggi sebelah menyebabkan saya segera merujuk dengan doktor kerana bimbang dia ada sakit jantung, tetapi doktor sahkan dia mengalami penyakit tulang bengkok,” katanya ditemui di Balai Berita, di sini, semalam.

Katanya, Nur Ariffin perlu menjalani pembedahan segera kerana tulangnya membengkok sehingga 50 peratus dan sekiranya dibiarkan ia akan menghimpit jantung serta mengganggu pernafasan anak bongsu daripada lima beradik itu.

“Sejak diberitahu dia perlu dibedah, saya dan suami tidak tidur lena kerana memikirkan perbelanjaan bagi menampung kos pembedahan.

“Di mana kami nak cari jumlah yang banyak itu kerana gaji suami sebanyak RM1,300 sebagai pemandu lori pasir hanya cukup menampung perbelanjaan sekolah dan makan minum kami anak- beranak,” katanya.

Menurut Nasrah bagi pembedahan membetulkan tulang Nur Ariffin akan dilakukan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan kos yang perlu ditanggung adalah berjumlah RM20,500.

“Saya merayu orang ramai dapat meringankan kami untuk mengumpulkan wang bagi pembedahan itu kerana saya ingin melihat Nur Ariffin kembali normal dan aktif seperti sebelum ini,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh mengirimkan cek atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd dengan meletakkan nama pesakit di belakang cek serta dihantar ke alamat The Cashier, Finance Department/Charity Unit NSTP, The New Straits Times Press (M) Bhd, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100, Kuala Lumpur.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");