Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Agih 10,000 Kotak Kuih Raya Kepada Pasukan Keselamatan

OLEH Norsadrina Ismail:-

Kerajaan Perak hari ini menyerahkan 10,000 kotak bungkusan kuih raya untuk diagih-agihkan kepada 9,423 anggota pasukan keselamatan yang bertugas pada 1 Syawal nanti.

Majlis penyerahan kuih raya tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, sebentar tadi.

Hadir sama, Panglima 2 Bridged, Brigadier Jeneral Mohamad Abdul Rahman, Ketua Polis Perak; Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan isteri Menteri Besar, Datin Saripah Zulkipli.

Pemberian sumbangan kuih raya berkenaan merupakan penghargaan kerajaan kepada pasukan keselamatan terutamanya penjawat awam yang bertugas pada 1 Syawal nanti.

Sebanyak 16 jabatan antaranya Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PGM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TUDM) menerima sumbangan, tahun ini.

Dalam ucapan perasmiannya, Dr Zambry menegaskan tiada ungkapan selain ucapan terima kasih kepada pengorbanan yang dicurahkan oleh penjawat awam.

PERAK TODAY 8

“Pemberian ini tiada nilainya berbanding jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara kecuali ingatan tulus ikhlas dan ucapan terima kasih tidak terhingga,” katanya.

Katanya lagi, kerjasama semua pihak dalam menjayakan program pembungkusan kuih raya yang menjadi acara tradisi tahunan juga cukup dihargai.

Proses pembungkusan kuih raya tahun ini melibatkan kira-kira 620 peserta yang mewakili pasukan keselamatan selain ahli BAIDURI, PUSPANITA, MAKSAK, BAKAT, PERKEP dan KESEDAR.

Rendang tok, serunding, kopi, kuih kacang, beras dan karipap mini antara barangan yang disediakan sebelum diagih-agihkan kepada anggota pasukan keselamatan terpilih.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");