Jenayah

Alahai lembu…

langgar lembu

Kuala Terengganu: “Saya baru beli seluar jean untuk Aidilfitri, tetapi mungkin ia tidak dapat dipakai kerana lembu itu,” kata Wan Mohamad Aizat Wan Ahmad Suhaimi, 19, yang terlantar di hospital sejak 3 Julai lalu akibat patah dua tangan dan kaki kiri selepas merempuh lembu di Kampung Gelugor, Kerteh, Kemaman.

Mekanik itu berkata, dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu dia menunggang motosikal Yamaha 125Z dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Labuhan selepas mengisi petrol di Kampung Gelugor itu.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan itu tiga lembu yang berada di tengah pembahagi jalan tiba-tiba melintas ketika dia melalui laluan terbabit.

Katanya, dia yang menunggang agak laju ketika itu tidak sempat membrek lalu merempuh haiwan berkenaan sehingga tercampak lebih 10 meter.

“Saya langsung tidak sempat membrek dan tercampak jauh sebaik merempuh seekor daripada tiga lembu berkenaan.

“Sebaik tersembam di atas jalan saya cuba bangun namun, malangnya tidak berdaya kerana kedua-dua belah tangan terkulai, manakala tulang paha kiri tersembul keluar.

-MEtro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");