Jenayah

Nenek cedera diragut

nenek cedera

TUMPAT – Seorang nenek kehilangan seutas rantai leher emas bernilai RM10,000 apabila diragut seorang lelaki di halaman rumahnya di kampung Kok Pasir, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian pada jam 7.45 pagi itu, mangsa, Norsiah @ Siti Minah Baba, 66 cedera selepas bergelut dengan peragut dalam usahanya menyelamatkan rantai emas berkenaan.

“Ketika bergelut itu, makcik terjatuh menyebabkan luka di dahi dan cedera di bahu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menceritakan detik cemas itu, Norsiah berkata, kejadian itu berlaku dengan tiba-tiba apabila dia didatangi seorang lelaki ketika bersendirian di halaman rumah di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir.

“Ketika itu makcik sedang menunggu untuk memandikan cucu, Alisa Amirul Rashid yang baru berusia lima tahun.

“Tiba-tiba lelaki itu masuk ke halaman rumah dan makcik sempat bertanya kepadanya, kenapa masuk ke kawasan rumah kami,” katanya.

Menurut Norsiah, tanpa sepatah kata, lelaki tersebut terus pergi ke bahagian belakang rumah, kemudian berpatah balik menghampirinya dan meragut rantai emas yang dipakainya.

Norsiah berkata, dia meminta tolong dengan memanggil nama anaknya tetapi tidak didengari mereka kerana secara kebetulan, lagu Negaraku sedang dimainkan di kawasan sekolah.

“Selepas terjatuh ketika bergelut dengan peragut itu, makcik terlantar atas simen selama lebih kurang lima minit sebelum anak makcik datang membantu.

“Makcik tak kenal peragut yang menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan sedang di lakukan serta suspek utama sedang di kesan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana curi ragut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");