Sukan Hari Ini

Argentina berlatih tendangan penalti

demichilles

ANDAI perlawanan kalah mati menentang Switzerland awal pagi esok berlanjutan ke sepakan penalti, pasukan Argentina dilihat bersedia menanganinya.

Apa tidaknya, pemain La Albiceleste kini serius berlatih melakukan tendangan penalti semasa sesi latihan, kelmarin.

Lionel Messi, Gonzalo Higuain, Ezequiel Lavezzi, Angel Di Maria, Javier Mascherano dan Martin Demichelis, beberapa kali menyepak bola ke arah gawang yang dikemudikan penjaga gol, Sergio Romero.

Meskipun dilabelkan sebagai pasukan pilihan dalam pertemuan di Arena Corinthians, Sao Paulo, kemampuan Swiss tidak seharusnya diperlekehkan begitu sahaja yang muncul naib juara Kumpulan E di belakang Perancis.

Sebagai rekod, Argentina empat kali menjalani penentuan sepakan penalti di Piala Dunia.Mereka menang tiga kali iaitu mengatasi Yugoslavia dan Italia di Piala Dunia 1990 dan England edisi 1998.

Kali terakhir, mereka kalah di tangan Jerman ketika Piala Dunia 2006.

Kejohanan di Brazil ini juga menyaksikan skuad Samba mara ke suku akhir apabila menewaskan Chile menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 pada waktu sebenar, Ahad lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");