Jenayah

Balas jasa ibu

zubaidah

Kuala Lumpur: “Kalau mak boleh jaga tujuh anak ketika sihat dulu, mengapa saya tidak boleh menjaga seorang mak yang sakit sekarang?” kata Zubaidah Sulaiman, 54.

Zubaidah menjaga ibunya, Munah Kadir, 76, yang buta dan menghidap pelbagai penyakit kronik lain sejak 20 tahun lalu dan sanggup berhenti berniaga bagi memastikan kebajikan ibu terjaga.

Lebih memilukan apabila Munah sering memberitahu Zubaidah permintaannya untuk meninggal dunia di rumah dan bukan di hospital kerana tidak tahan lagi menanggung kesakitan semasa rawatan.

“Saya hanya mampu berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan sepanjang menjaga mak yang turut menghidap sakit kencing manis, jantung dan buah pinggang.

“Biarpun adik-beradik lain sibuk bekerja dan menguruskan keluarga masing-masing, saya tidak sanggup membiarkan mak keseorangan menahan penyakitnya.

“Mak kita hanya seorang dan tidak mungkin dapat ditukar ganti atau dikembalikan semula jika dia sudah pergi meninggalkan kita nanti,” katanya ketika majlis penyampaian sumbangan Ramadan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini, semalam.

Sumbangan keperluan asas dan duit raya disampaikan oleh Ketua Komunikasi Strategik BSN Puspa Marina Omar kepada tiga keluarga susah yang memerlukan di sekitar Kuala Lumpur.

Bagi ibu tunggal, Satinah Hassan, 48, dia bersyukur apabila pihak BSN sanggup tampil meringankan bebannya menjaga anaknya yang kurang upaya (OKU), Muhammad Haiqal Md Rasidi yang menghidap penyakit saraf sejak dilahirkan.

“Saya sentiasa bisikkan pada anak saya bahawa dia sangat istimewa dan saya akan sentiasa berada di sisinya walau apa yang terjadi.

“Saya terpaksa berhenti kerja kerana bimbang keselamatan anak sekiranya dijaga pihak lain yang mungkin tidak tahan dengan sikapnya yang sering mahukan perhatian,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");