Sukan Hari Ini

Pandelela tagih doa rakyat Malaysia

PANDALELA

RATU Terjun negara, Pandelela Rinong mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia supaya beliau dapat kembali cergas sepenuhnya untuk bersaing dalam temasya Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland.

Pandelela berkata, sokongan dan doa daripada peminat amat diperlukan supaya beliau dapat beraksi bagi mempertahankan pingat emas 10m platform yang dimenangi di New Delhi pada 2010.

“Apa yang saya perlukan sekarang ialah doa dan sokongan moral daripada anda semua.

“Sokongan anda akan memberi semangat untuk saya berusaha sembuh bagi bersaing dalam memburu pingat buat negara,” katanya.

Pemenang gangsa Sukan Olimpik London itu mengalami kecederaan lutut sewaktu menjalani latihan di Guangzhou, China.

Kecederaan yang dialaminya itu kemungkinan menyebabkan beliau berdepan nasib yang sama dengan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei apabila dinasihatkan supaya berehat.

Beliau dijadual menyertai tiga acara, 10m platform individu, berpasangan dengan Leong Mun Yee dalam 10m platform seirama dan 3m papan anjal seirama dengan Cheong Jun Hoong.

Difahamkan, acara terjun yang bermula agak lewat, dari 30 Julai hingga 3 Ogos dan sasaran tujuh emas kontinjen negara mungkin terjejas jika Pandelela terpaksa menarik diri daripada menyertai kejohanan.

Bagaimanapun menerusi laporan media tempatan semalam, keputusan Pandelela sama ada direhatkan atau tidak hanya akan ditentukan esok.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");