Berita Hari Ini

Beri tekanan kepada Israel

tanda protes

KUALA LUMPUR – Pemuda Umno menggesa kerajaan bertindak menggunakan semua saluran  sama ada melalui diplomatik atau ekonomi bagi membantu penduduk Palestin menjadi sasaran serangan tentera Zionis.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun berkata, kerajaan juga boleh memberi tekanan kepada Israel melalui saluran sedia ada bagi menghentikan serangan kejam itu.

“Kami berharap kerajaan berusaha menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) atau Amerika Syarikat (AS) supaya dapat memberi tekanan kepada tentera Israel.

“Kami (Pemuda Umno) juga sedia berkhidmat secara sukarela dalam misi bantuan kemanusiaan ke sana terutama menerusi Badan Kebajikan Umno sendiri,” katanya ketika Perhimpunan Aman “Solidarity For Palestine” dan mengutuk kekejaman rejim Israel.

Himpunan dihadiri beberapa NGO itu berlangsung di lapangan Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC) selepas solat Jumaat, semalam.

Khairul Azwan berkata, beliau sendiri akan mengetuai misi ini dan sedia ke Palestin pada bulan ini ataupun pada hari raya nanti.

“Saya sendiri akan ketuai misi penting ini, Pemuda Umno akan terus mendesak kerajaan untuk menggunakan saluran diplomatik sebagai tanda sokongan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mengutuk tindakan rejim menyerang bumi Gaza dalam bulan Ramadan.

Sementara itu di KOTA BHARU, Kerajaan Pas Kelantan mendesak kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar membuat bantahan diplomatik terhadap Israel yang berterusan menyerang Palestin.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya juga menggesa kuasa besar seperti  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memainkan peranan. menghentikan keganasan itu dengan segera.

sama umat Islam di sana bagi mempertahankan Gaza dan Baitul Maqdis serta memohon agar seluruh rakyat di negeri ini secara khusus serta rakyat Malaysia amnya agar memperbanyakkan doa dan membaca Qunut Nazilah untuk katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");