Membawang Hari Ini

Selendang Elfira laku

elfira loy

Kini semakin ramai artis berniaga menerusi laman sosial, malah ada sudah mampu memiliki jenama sendiri.

Begitu juga dengan pelakon dan pengacara Elfira Loy yang mengusahakan perniagaan menjual selendang, sarung telefon bimbit dan kemeja-T.

Menggunakan label Twinkle By Elfira, pelakon berusia 20 tahun itu mahu menumpu kepada jualan produk yang sedia ada kerana masih baru dalam bidang perniagaan.

“Biasanya, kalau berniaga memerlukan tempoh sekurang-kurangnya satu atau dua tahun untuk stabil.

“Tahun depan saya merancang untuk jual pakaian tetapi buat masa ini, saya mahu memperkenalkan jenama Twinkle By Elfira kepada orang ramai,” katanya.

Menurut Elfira, dia memulakan perniagaan dengan menjual selendang rekaan sendiri dan tidak menyangka produk itu mendapat sambutan.

“Pada mulanya, saya mensasarkan golongan remaja sebagai pelanggan namun tidak sangka selendang ini turut mendapat sambutan hangat dalam kalangan orang dewasa.

“Malah, kebanyakan pelanggan wanita sudah mempunyai anak-anak dan berusia 40-an dari Sarawak, Singapura dan Brunei. Jadi untuk selendang terbaru, saya menghasilkan rekaan yang lebih sesuai untuk golongan ini,” katanya.

Justeru, pelakon itu berkata konsep perniagaannya berbeza dengan artis lain kerana menjual selendang yang direka sendiri.

“Saya melukis manakala warna rekaan dilakukan seorang rakan dan urusan lain perniagaan diserahkan kepada rakan kongsi,” katanya.

Menceritakan mengenai persiapan Aidilfitri, Elfira akan menyambut Syawal kedua bersama keluarganya di Lombok, Indonesia.

“Kami akan berlepas ke Lombok pada hari raya kedua dan akan berada di pulau itu selama lima hari.

“Ini kali pertama saya menjejak kaki ke Lombok dan sudah tidak sabar melakukan aktiviti sukan air bersama adik-beradik,” katanya.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya menyambut Aidilfitri di perantauan negara setiap tahun.

“Keluarga suka pulau kerana suasana persekitaran yang tenang dan kami boleh berseronok melakukan pelbagai aktiviti.

“Pada hari biasa, adik-beradik masing-masing sibuk dan susah untuk berjumpa, jadi cuti perayaan ini saja masa yang ada untuk bersama,” katanya.

Selepas balik dari Lombok, Elfira akan terbang ke Manchester, England untuk penggambaran drama selama dua minggu.

-metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");