Berita Hari Ini

Bilangan tentera Esscom ditambah

esscom

KOTA KINABALU – Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah/Sarawak), Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata, bilangan anggota tentera di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan ditambah bagi memperkukuhkan penguatkuasaan di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, penambahan anggota itu adalah sebagai persiapan untuk membantu anggota keselamatan lain seperti polis dalam menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan pantai timur Sabah.

“Pihak Tentera Darat sedang merancang dan berusaha untuk menambah bilangan anggota di kawasan Esscom sejak tamatnya Ops Daulat lagi,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga 5 Briged Infantri, di Masjid As-Salam Kem Lok Kawi, malam tadi.

Katanya, selain menambah bilangan anggota tentera, aset yang telah sedia di kawasan Esscom juga akan ditambah bagi memperkukuh dan memperkemaskan lagi aspek keselamatan.

“Mereka (anggota tentera) sentiasa bersiap siaga dan mempunyai semangat yang tinggi dalam membantu pihak polis menghadapi apa juga kemungkinan yang akan berlaku,” katanya.

Turut hadir Panglima Task Force 450 Mejar Jen Datuk Ranjit Singh Ramday dan Panglima Markas 5 Briged Jalaluddin Manan.

Mohd Zaki turut meminta orang ramai agar tidak terpengaruh dengan pelbagai maklumat yang tersebar di laman sosial dan perlu merujuk kepada pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengetahui keadaan sebenar.

Pada majlis itu, sebanyak 28 saudara baharu menerima sumbangan termasuk lima  orang menerima sumbangan khas. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");