Sukan Hari Ini

Brazil lalui zaman kegelapan, rekod paling buruk

brazil 2

KEGAGALAN Brazil dalam kempen Piala Dunia kali ini membuktikan bola sepak negara itu jauh ketinggalan berbanding pasukan lain.

Brazil yang menjadi tuan rumah dalam edisi kali ini merekodkan pencapaian paling buruk dalam sejarah penglibatan di Piala Dunia.

Malah mereka turut dimalukan Jerman dengan kekalahan 7-1 di peringkat separuh akhir, kekalahan terburuk mereka dalam tempoh 100 tahun.

Luiz Felipe Scolari yang sebelum ini cemerlang membawa Brazil menjulang Piala Dunia 2002 mengundur diri dengan kegagalan pasukannya.

“Inilah kekurangan bola sepak Brazil. Kami bersama dengan jurulatih dalam tempoh yang lama. Itu sebab kami ketinggalan dan jatuh.

“Saya melihat Eropah sudah berkembang sejak beberapa tahun sebelum ini. Mereka melakukannya dengan lebih baik daripada kami sedangkan kami pula yang ketinggalan,” kata bekas jurulatih Brazil, Mano Menezes.

Akuinya, Brazil memiliki sejumlah pemain berbakat tetapi gagal dimanfaatkan dalam kempen kali ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");