Isu Panas

Eloklah Khalid jumpa sultan

pganalisis politik

SHAH ALAM – Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof  Madya Dr Sivamurugan Pandian bersetuju jika Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad bertemu Sultan Sharafuddin bagi menjernihkan keadaan kerana beliau bukan kelahiran Selangor.

“Ini salah satu cara agar isu tersebut tidak dipanjangkan dan saya yakin Sultan Sharafuddin bersedia menerima alasan yang akan dikemukakan Khalid,” katanya.

Nada sama turut disuarakan penganalisis politik Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia, Prof Madya Dr Sham Rahayu Ab Aziz.

Katanya, permohonan untuk bertemu sultan adalah wajah kerana Khalid telah mencetuskan kontroversi sehingga mengundang kemurkaan baginda.

“Dalam masa sama beliau (Khalid) perlu minta maaf kepada rakyat termasuk Mais atas kenyataan yang dikeluarkan,” katanya.

Beliau turut berpendapat, Khalid perlu memperbetulkan kenyataannya terlebih dahulu kerana kalangan masyarakat telah keliru dan salah faham dengan dakwaannya itu.

“Khalid kena selesaikan salah faham ini dulu, kemudian baru aturkan pertemuan dengan sultan untuk memberikan penyelesaian mengapa kenyataan sedemikian dikeluarkan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");