Berita Hari Ini

Datuk Seri Mustapa Mohamed zahir simpati

Datuk Seri Mustapa

Sepang: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed melahirkan rasa simpati kepada semua keluarga mangsa yang terbabit dalam nahas MH17.

Beliau yang baru tiba dari Kota Bharu di KLIA kira-kira jam 7.30 pagi tadi meluangkan masa bertanya situasi terkini kepada seorang kakitangan Malaysia Airlines(MAS) di perkarangan Anjung Tinjau, di sini.

“Saya bersimpati dengan nahas yang terjadi dan berharap semua keluarga dapat bersabar,” katanya ketika ditemui pemberita.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut mengenai nahas terbabit dan dilihat meninggalkan Anjung Tinjau 30 minit kemudian.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");