Jenayah

Empat termasuk ketua Geng Apan diberkas

motosikal dirampas

IPOH – Satu kumpulan curi motosikal dikenali sebagai ‘Geng Apan’ yang dipercayai aktif melakukan kegiatan itu di daerah itu sejak setahun lalu, tumpas selepas pihak polis memberkas empat individu termasuk ketuanya di sebuah bengkel, di Jalan Silibin, 18 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, hasil penahanan terbabit telah membongkar aktiviti menjual motosikal curi dan komponen-komponennya kepada pembeli di Kuala Kangsar.

“Hasil penahanan ketua kumpulan terbabit di bengkel berkenaan, pihaknya berjaya menahan tiga lagi lelaki termasuk seorang remaja berusia 17 tahun berasal dari Kuala Kangsar.

“Kita turut merampas dua motosikal jenis Honda EX5 dan menemui tiga rangka motosikal yang ditanam untuk menyembunyikan kesalahan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), semalam.

Chang Keong berkata, suspek mengakui terlibat dalam tujuh kes curi motosikal di Ipoh dan direman untuk siasatan mengikut Seksyen 379A dan Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mencuri dan menerima harta curi.

Pada masa sama, polis turut berjaya menyelesaikan kes samun pacuan empat roda (4WD) jenis Isuzu Dmax dengan menahan dua lelaki dalam satu serbuan di Kampung Ulu Chemor.

Chang Keong berkata, serbuan dibuat setelah menerima maklumat terdapat kejadian samun bersenjatakan parang dan melarikan kereta milik mangsa berusia 40-an kira-kira jam 9 malam di Kampung Tawas.

“Hasil siasatan mendapati lelaki berusia 25 tahun yang bekerja sebagai mekanik kereta bersama remaja berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pencuci kereta mengakui telah melakukan lima kes samun 4WD di Ipoh,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua suspek direman sehingga 3 Julai ini untuk disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Hasil soal siasat mendapati suspek mencuri kereta berkenaan untuk dijual kepada orang tengah,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");