Sukan Hari Ini

Mujur ada Özil

Germany's Schweinsteiger celebrates after Schuerrle scored a goal against Algeria during extra time in their 2014 World Cup round of 16 game in Porto Alegre

Porto Alegre (Brazil): Jaringan Andre Schuerrle dan Mesut Ozil dalam masa tambahan bantu Jerman ke suku akhir selepas menumpaskan Algeria 2-1, pada saingan kalah-mati 16 pasukan, di Stadium Beira Rio, awal pagi ini.

Kemenangan itu bermakna Jerman akan bertemu Perancis – menang 2-0 ke atas Nigeria – di suku akhir pada 12 tengah malam, Sabtu 5 Julai.

Jerman yang terpaksa berhempas pulas untuk mengatasi Algeria memperoleh gol yang dicari selepas dua minit babak pertama perlawanan masa tambahan bermula menerusi Schurrle.

Ozil kemudian menambah jaringan Jerman pada minit ke-120 sebelum Djabou menjarakkan kedudukan seminit kemudian.

Penyerang Chelsea yang masuk menggantikan Mario Goetze pada babak kedua, menguis ke belakang dengan kaki kirinya yang mengelirukan penjaga gol Algeria.

Algeria berjaya merempuh pertahanan Jerman pada minit kesembilan menerusi Islam Slimani manakala serangan bertali arus lawan membuatkan Neuer terpaksa keluar beberapa kali dari gawangnya untuk menyelamatkan keadaan.

Pada minit ke-17, penyerang Sporting Lisbon itu sekali lagi memperoleh peluang dan percubaan Slimani singgah di jaring Jerman tetapi gol itu tidak dikira.

Peluang terbaik Jerman pada babak pertama apabila penjaga gol Algeria, Rais Mbolhi menampan rembatan pemain dan bola muntah iu kemudian dirembat sekali lagi oleh Mario Goetze tetapi ditampan dengan kaki.

Semua itu berlaku hanya selepas hampir 20 minit kubu Jerman diserang barisan depan Algeria.

Pemainan keseluruhan tamat tanpa sebarang jaringan dan kedua-dua pasukan terpaksa betarung tambahan 30 minit untuk penentuan ke suku akhir.

Bagaimanapun, kedua-dua babak mempamerkan drama mendebarkan dengan kedua-dua pasukan berupaya melakukan percubaan bahaya.

Kedua-dua pasukan harus berterima kasih dengan penjaga gol mereka yang beraksi cemerlang menghalang setiap percubaan.

Pada pertemuan ini, Shkodran Mustafi diberi peluang untuk berada dalam kesebelasan utama Algeria buat pertama kali.

Bagi Jerman pula, Mustafi menggantikan pemain pertahanan, Mats Hummels, yang demam. Mustafi diletakkan di posisi bek kanan manakala Jerome Boateng akan bermain di tengah.

Jurulatih Jerman, Joachim Loew turut memilih Bastian Schweinsteiger berbanding Sami Khedira sebagai pemain tengah.

Jurulatih Algeria, Vahid Halilhodzic memilih untuk memulakan perlawanan menggunakan kekuatan gandingan Hilal Soudani dan Slimani buat pertama kali.

JERMAN: Manuel Neuer, Jerome Boateng, Per Mertesacker, Benedikt Hoewedesm, Bastian Schweinsteiger (Chrisoph Kramer), Philipp Lahm, Shkodran Mustafi (Sami Khedira), Toni Kroos, Mesut Ozil, Mario Goetze (Andre Schuerrle), Thomas Mueller

ALGERIA: Rais Mbolhi, Essaid Belkalem, Rafik Halliche, Fauzi Ghoulam, Aissa Mandi, Mehdi Lacen, Sofiane Feghouli, Saphir Taider (Yacine Brahimi), Mehdi Mostefa, Islam Slimani, El Arabi Soudani (Abdelmoumene Djabou).

PENGADIL: Sandro Ricci (Brazil)

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");