Perak Hari Ini

JAIPk Terus Pantau Kegiatan Kutip Derma Tanpa Kebenaran

Bahagian Penguatkuasa Undang-undang Syariah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menjalankan pemeriksaan dan serbuan bagi membanteras kegiatan mengutip derma tanpa kebenaran di beberapa lokasi bazar Ramadhan sekitar bandar raya Ipoh, petang semalam.

Menurut Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin, serbuan itu juga bakal dijalankan secara berkala dan tidak hanya tertumpu pada bulan Ramadhan sahaja.

“Hasil aduan orang ramai, JAIPk turun padang untuk membanteras kegiatan mengutip derma di bazar-bazar Ramadhan,” katanya.

Antara lokasi bazar Ramadhan yang dilawati ialah Medan Gopeng, Tasek, Stadium Perak dan berhampiran Tesco Extra.

Jelasnya, individu yang meminta derma secara terbuka memerlukan surat kebenaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPk) sebelum dibenarkan berbuat demikian.

“Adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 43 untuk mengutip khairat tanpa kebenaran Majlis Agama Islam Perak dan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hasil serbuan yang dijalankan, pihaknya berjaya merampas sebuah tabung di bazar Ramadhan Stadium Perak yang mengunakan nama sebuah pusat tahfiz amal anak yatim.

Individu terbabit katanya, kini ditahan untuk diambil keterangan dan jika sabit kesalahan akan didakwa di mahkamah.

Beliau turut mengsyaki kegiatan itu didalangi rangkaian sindiket sama yang beroperasi luar dari Perak.

“Tindakan ini diambil bagi membendung penyelewengan yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sesetengah pihak telah mengambil kesempatan di atas nama agama Islam untuk mengutip derma yang akhirnya menimbulkan fitnah,” ujarnya lanjut.

Terdahulu, JAIPk turut menjalankan serbuan di beberapa lokasi terpilih bagi mengesan individu yang tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");