Berita Hari Ini

TPM, isteri lawat keluarga penumpang MH17

melawat kluarga mgsa

PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman meluangkan masa melawat keluarga penumpang Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Hotel Marriott di sini malam tadi.

Beliau tiba kira-kira pukul 11 malam dan meluangkan masa lebih sejam berbual dan memberi kata-kata semangat kepada 24 keluarga mangsa MH17 yang berada di hotel itu.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Sebelum itu, Muhyiddin telah melawat bilik operasi MH17 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine, selepas dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pada Khamis.

Sementara itu, Tiong Lai berkata usaha sedang dijalankan untuk membawa balik mayat semua penumpang dan anak kapal warga Malaysia yang terkorban dalam nahas itu dengan secepat mungkin. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");