Perak Hari Ini

Kualiti Udara Di Perak Semakin Pulih

Sehingga jam 12 tengah hari tadi, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perak semakin baik berbanding beberapa hari sebelumnya.

Berdasarkan portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU tersebut mencatatkan bacaan sederhana bagi lima stesen utama di negeri tersebut.

Stesen Kg. Air Putih, Taiping merekodkan bacaan 86, Seri Manjung (76), Jalan Tasek, Ipoh (68) dan S K Jalan Pegoh, Ipoh dan Tanjung Malim masing-masing mencatatkan bacaan 67 dan 62.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, manakala 51 hingga 100 adalah sederhana, 100 hingga 200 (tidak sihat), 200 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan lebih daripada 300 adalah berbahaya.

Sementara itu, tinjauan Peraktoday.com.my di beberapa kawasan sekitar Ipoh mendapati aktiviti harian masyarakat setempat tidak terjejas walaupun cuaca berjerebu.

Mereka masih meneruskan aktiviti seharian tanpa menggunakan topeng muka kerana kualiti udara semakin pulih berbanding beberapa sebelum ini yang mencatatkan bacaan tidak sihat.

Umat Islam mengambil peluang membeli belah barang keperluan hari raya di saat-saat akhir menjelang ketibaan 1 Syawal yang dijangka, Isnin ini.

Orang ramai yang ingin mengetahui berkenaan bacaan IPU semasa di kawasan masing-masing boleh melayari di portal http://www.doe.gov.my.

Selain itu, orang ramai dinasihati supaya tidak melakukan aktiviti yang boleh menyumbang kepada pencemaran udara sehingga menyebabkan terjadinya jerebu yang berpunca daripada aktiviti seperti pembakaran terbuka, asap rokok serta asap kenderaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");