Jenayah

Polis lupuskan lebih 700 set komputer judi

lupus

GEORGETOWN – Sebanyak 752 set komputer pelbagai jenis mengandungi unsur perjudian dilupuskan polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, ia dilakukan di ibu pejabat polis daerah Timur Laut (IPDTL) setelah menerima arahan mahkamah.

Beliau berkata, barang kes itu disyaki mengandungi permainan judi simulator berkomputer membabitkan serbuan dalam operasi Ops Dadu Khas sejak awal tahun lalu bernilai RM1.504 juta.

“Kesemua set komputer termasuk unit pemprosesan komputer (CPU), monitor, tetikus dan papan kekunci serta 65 unit modem melibatkan 65 kes perjudian,” katanya kepada media semalam.

Menurutnya, semua set komputer yang dirampas itu diarah untuk dilupuskan oleh mahkamah dan ia dilaksanakan dengan jentolak.

“Polis akan terus menggempur kegiatan perjudian berkomputer dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi IPDTL di talian 04-2181822 atau balai polis berhampiran,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");