Laporan Eksklusif

Kuasa besar pun tak mampu

najib 3

Kuala Lumpur: “Kejayaan Datuk Seri Najib Razak mencapai tiga persetujuan penting dengan kumpulan pemberontak pro-Russia adalah melebihi kemampuan negara kuasa besar,” lapor New York Times semalam.

Akhbar berkenaan yang mengiktiraf keupayaan Najib itu turut menyebut, dalam sidang media di Seri Perdana awal pagi semalam Perdana Menteri membuat kejutan memaklumkan persetujuan dicapai dengan Alexander Borodai yang menguasai wilayah lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang ditembak jatuh.

Beliau berkata, persetujuan terbabit ialah pengurusan mayat mangsa MH17, hak penjagaan kotak hitam dan akses sepenuhnya untuk penyiasat bebas antarabangsa ke kawasan lokasi nahas.

Sementara itu, Sydney Morning Herald melaporkan Najib menggunakan kaedah ‘diplomasi rahsia’ dengan berhati-hati menafikan dan tidak menuduh puak pemisah bertanggungjawab sedangkan pemimpin antarabangsa berpendapat sebaliknya.

“Persepakatan dicapai Najib-Borodai adalah sesuatu yang tidak mampu dicapai negara lebih berkuasa termasuk Russia,” menurut akhbar tersebut.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");