Jenayah

Kunci mangsa rogol: Suami isteri antara ditahan

kes rogol hiasan

MELAKA – Pasangan suami isteri antara enam individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes wanita mangsa rogol yang ditinggalkan di premis berkunci di Taman Seri Krubong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd Rahman berkata, suami isteri berusia 32 dan 26 tahun yang dipercayai dalang kes terbabit ditahan di dua lokasi berasingan bermula 6.40 petang semalam.

“Lelaki tersebut ditahan di pekan Rembia, Alor Gajah manakala isterinya menyerah diri di Balai Polis Rembia beberapa jam selepas penahanan suaminya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memiliki dua rekod jenayah lampau melibatkan ugutan jenayah dan dadah.

Katanya empat lagi lelaki berusia 55 hingga 62 tahun kemudian ditahan bagi membantu siasatan dengan dua daripadanya masing-masing menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Balai Polis Rembia manakala dua lagi ditahan di rumah mereka di Taman Seri Krubong dan Durian Tunggal.

Salehhudin berkata kesemua mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670). – Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Polis selamatkan wanita mangsa rogol di premis berkunci

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");