Jenayah

Langgar perintah berkurung

bot nelayan

Tawau: Gara-gara melanggar perintah berkurung yang diisytiharkan pihak penguat kuasa, sebanyak tiga bot nelayan bersama 21 individu ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di kawasan Perairan Timur Pulau Boheydulang, Semporna pada 21 Julai lalu.

Dalam tangkapan jam 1 pagi itu, semua individu berkenaan dikesan memasuki sempadan perintah berkurung ditetapkan Pesuruhjaya Polis negeri ini.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim Kapten Maritim Anor Jaafar berkata, bot APMM ketika itu menjalankan operasi di sekitar rondaan dan menerima maklumat daripada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) terdapat beberapa bot dikesan di kawasan berkenaan.

“Bot peronda APMM diarahkan meninjau ke lokasi untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati terdapat tiga bot nelayan berada di lokasi perintah berkurung.

“Pemeriksaan lanjut mendapati 22 awak-awak berusia 20 dan 30 tahun termasuk tekong.

“Majoriti mereka warga Indonesia dan seorang warga tempatan,” katanya dalam kenyataan medianya kelmarin.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");