Jenayah

Rayu tambah hukuman sebat

kes samun

Tertuduh kes samun minta kurangkan penjara

Kuala Terengganu: Seorang tertuduh kes samun menarik perhatian Mahkamah Sesyen semalam, apabila merayu hakim menambah hukuman sebat dan mengurangkan hukuman penjara terhadapnya.

“Yang Arif yang terkenal di seluruh Terengganu ini, saya memohon Yang Arif menambah hukuman sebat supaya hukuman penjara saya dapat dikurangkan, ” rayu Hazrul Hazizi Ramli, 38, yang mencuit hati seisi mahkamah.

Terdahulu, Hazrul Hazizi mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan (KK) kerana merompak menggunakan senjata.

Hakim Wan Nor Zanuar Wan Ahmad kemudian menjatuhkan hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan terhadapnya.

Hazrul Hazizi dituduh merompak Aida Ab Razak, 24, dengan bersenjatakan sebilah gunting dan mengambil dua komputer riba jenama Acer dan seutas gelang tangan emas di sebuah rumah di Taman Teratai, Jalan Sultan Omar, di sini, jam 3.05 pagi pada 10 Jun lalu.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Hazrul Hazizi turut berdepan tiga lagi pertuduhan mengikut Seksyen 392/397 kanun sama.

Bagaimanapun, Hakim Mohd Azhar Othman menetapkan 1 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta dan hukuman.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");