Jenayah

Lelaki diberkas sembunyi pistol, miliki dadah

pistol

TAIPING – Taktik seorang lelaki menyembunyikan pistol dalam bungkusan surat khabar berjaya dihidu polis dalam satu serbuan Ops Cantas di sebuah rumah di Taman Kaya, Simpang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, turut ditemui bersama lelaki berusia berusia 30-an itu beberapa peket dadah jenis methapetamine dan ganja.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, senjata api berkenaan ditemui dalam sebuah beg dan berbalut susulan pemeriksaan lanjut dilakukan di belakang rumah berkenaan.

“Kita menemui pistol jenis automatik nombor siri 245 PP04174 itu dibungkus dalam kertas surat khabar, turut dijumpai dua kelopak peluru bersama 19 butir peluru yang tersimpan dalam satu lagi bungkusan surat khabar di beg berkenaan.

“Satu peket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis methampetamine seberat 0.2 gram dan satu paket plastik lut sinar berisi dadah jenis ganja seberat 1.2 gram turut ditemui.

“Kedua-dua paket dadah berkenaan dijumpai di sebelah belakang pintu bilik dan di atas lantai bersama beg duit dan dokumen peribadi dipercayai kepunyaan suspek,” katanya.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan, terdapat dua lagi rakan suspek berada di rumah itu, namun berjaya melarikan diri sebaik menyedari kehadiran anggota polis.

Menurutnya, berlaku pergelutan antara ketiga-tiga mereka dengan anggota polis, bagaimanapun hanya seorang dapat diberkas.

“Walaupun suspek cuba bertindak agresif, namun beberapa anggota berjaya menahan suspek selepas berlaku pergelutan, dua rakan suspek berjaya melepaskan diri,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");