Jenayah

Loew: Muller boleh atasi Klose

klose

JURULATIH Jerman, Joachim Loew tumpang gembira dengan kejayaan Miroslav Klose muncul sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia.

Menurutnya, ia merupakan pencapaian luar biasa dan Klose layak menerima penghormatan.

Bagaimanapun katanya, rekod itu tidak bertahan lama kerana percaya ia bakal dipecahkan Thomas Muller.

“Di usia sebegitu Klose masih lagi berbahaya. Dia memang hebat dan tidak pernah mengecewakan.

“Satu-satunya pemain yang mampu atasi rekod itu ialah Thomas Muller,” kata Loew.

Untuk rekod, pada edisi 2010 di Afrika Selatan, Muller meledak lima gol dan setakat ini meledak lima lagi gol di Brazil untuk menjadikan jumlah keseluruhan 10 gol.

Muller, 24, diramal boleh beraksi sehingga Piala Dunia 2026.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");