Jenayah

‘Makcik’ pakai baju tulisan ayat al-Quran disiasat

baju alquran

SHAH ALAM – Polis sedang menjalankan siasatan ke atas seorang ‘makcik’ yang memakai baju dikatakan mempunyai tulisan ayat al-Quran selepas beberapa gambarnya tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, makcik tersebut seorang warga Korea.

“Dah mula siasat kes ‘makcik’ tu. Dia baru sampai sini. Beli baju itu di India.

“Biar kita siasat lanjut. Semua bersabar lah,” katanya dipetik daripada laman mikro Twitter miliknya.

Gambar wanita berkenaan mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu.

Turut dimuatnaik adalah gambar wanita itu seolah-olah sedang dimarahi oleh seorang lelaki dipercayai kerana tindakannya memakai baju dengan tulisan ayat suci al-Quran itu.

Gambar tersebut yang tersebar luas di alam maya menaikkan api kemarahan sebilangan pengguna di laman sosial yang beragama Islam.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");