Sukan Hari Ini

Markovic tekad julang The Reds

markovic

PENYERANG baharu Liverpool, Lazar Markovic, berazam mahu membantu The Reds menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bakal membuka tirai, 16 Ogos depan.

Pemain muda berusia 22 tahun itu menjadi pemain keempat dibawa masuk oleh Branden Rodgers selepas berjaya mendapatkan Rickie Lambert, Adam Lallana, dan Emre Can.

Nilai perpindahan penyerang Benfica itu tidak dinyatakan, namun Liverpool menjelaskan Markovic diikat dengan kontrak jangka panjang.

“Saya kagum melihat permainan Liverpool musim lalu. Ia sungguh memalukan kerana mereka tidak memenangi gelaran liga.

“Di sini, saya mahu menang gelaran liga bersama Liverpool dan saya akan berjuang 100 peratus,” kata Markovic.

Markovic memulakan kariernya bersama Partizan Beograd. Selama tiga musim di situ, dia tampil dalam 46 perlawanan dan meledakkan 13 gol sekali gus membawa Partizan menjuarai Liga Serbia tiga musim berturut-turut dari 2010 hingga 2013.

Pemain berasal dari Serbia itu kemudiannya berkelana ke Benfica dan hasilnya, kelab Portugal itu meraih gelar juara Liga Portugal, Piala Portugal dan Piala Liga Portugal.

Sementara itu, Rodgers berharap pengalaman yang luas dimiliki oleh Markovic di pentas Eropah dapat membantu Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara.

“Pengalaman dan kemampuannya amat penting untuk Liverpool. Dia adalah pemain yang amat diperlukan untuk pasukan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");