Jenayah

Maut terjatuh tingkat 10

jatuh tingkat 10

Kuala Lumpur: Penduduk di Taman Usahawan, Kepong, di sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dipercayai terjatuh dari rumahnya di tingkat 10 taman perumahan itu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, polis menerima panggilan awam jam 3.30 pagi dan mendapati mangsa sudah tidak bergerak.

Katanya, pegawai perubatan yang tiba juga mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia dan mayat dibawa ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

“Mangsa seorang lelaki berusia 24 tahun, masih bujang dan tinggal bersama keluarga di Blok B, Fortune Avenue, Taman Usahawan Kepong.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");