Membawang Hari Ini

Moda: Iz paling berani berfesyen

amy search

LEGENDA Rock, Amy Search salah seorang pelanggan Projek Incognito.

Moda harus menamakan dia antara selebriti lelaki tempatan paling berani dalam berfesyen.

Kenyataan ini sudah dibuktikan Iz Zulani dalam penampilannya pada majlis penganugerahan dan keramaian.

Penyanyi dan penulis lagu yang dikenali dengan single Cinta Akhir ini kerap dilihat menampilkan gaya dan sisi berbeza setiap kali membuat kemunculan kerana gemar bereksperimen dalam fesyen, sesuai dengan jiwanya yang kreatif dan cepat bosan.

Oleh kerana minat mendalam juga, Iz mengarahkan sendiri klip video Cinta Akhir yang menjalani penggambaran di Los Angeles, Amerika Syrikat. Dia sendiri turut terbabit dalam menghasilkan prop dan set, warna, arahan seni dan rekaan fesyen yang ditampilkan.

Selain kecenderungan menampilkan sisi kreativiti dalam bidang muzik dan seni suara, bidang fesyen juga dilihat sebagai satu lagi cabang kreatif berbentuk visual untuknya mengekspresikan diri.

Fleksibiliti dan kreativiti dalam penampilannya mendorong Iz memulakan jenama fesyen Projek Incognito iaitu satu jenama ‘Made To Measure’ bagi lelaki dan wanita. Ia ditempah ramai selebriti tanah air seperti Amy Search, Fara Fauzana, Elfira Loy dan Erra Fazira.

Perancangan masa depan bagi Projek Incognito adalah misi menghasilkan koleksi ‘Ready-To-Wear’ untuk ditampilkan pada 2015 atas permintaan ramai dengan harga yang berpatutan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");