Sukan Hari Ini

Nicol jumpa Duncalf di suku akhir

nicol 2

RATU skuasy negara Datuk Nicol Ann David hanya memerlukan masa 26 minit untuk menempah slot suku akhir acara individu wanita pada temasya Sukan Komanwel ke-20 di sini, semalam.

Pada pusingan kedua, pemain nombor satu dunia itu dengan mudah menyingkirkan pemain New Zealand, Megan Craig, dengan straight set 11-7, 11-6 dan 11-5 di Pusat Skuasy Scotstoun di sini.

“Ini merupakan pertemuan pertama dengan Craig…beliau mencapai beberapa keputusan baik baru-baru ini dan mula menunjukkan permainan mantap pada awal perlawanan.

“Pada set pertama, saya mula merisik rentaknya sebelum mula menyesuaikan diri dalam gelanggang. Saya gembira dengan itu dan mudah-mudahan akan meningkatkan lagi rentak pada saingan suku akhir esok,” kata Nicol, selaku juara bertahan, ketika ditemui Bernama selepas perlawanan itu.

Nicol, 30, akan berdepan dengan pemain England, Jenny Duncalf, pada suku akhir. Sebelum itu, Duncalf turut melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan pemain Kanada, Sam Cornett, dengan keputusan 11-4, 11-5 dan 11-7.

Dalam acara individu lelaki, pemain nombor dua negara, Mohd Nafiizwan Mohd Adnan gagal mara ke suku akhir selepas disingkirkan oleh Peter Barker dari England dengan keputusan 11-7, 11-6 dan 11-3.

“Saya melakukan apa yang terbaik tetapi Barker lebih konsisten. Saya tidak sabar untuk menebus kekecewaan ini dalam acara beregu campuran selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, pemain wanita nombor dua negara, Low Wee Wern, Delia Arnold dan pemain lelaki Ivan Yuen akan berentap dalam pusingan kedua lewat hari ini untuk memburu tempat ke suku akhir acara individu. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");