Jenayah

Tekong bot cabut lari

tekong

SITIAWAN – Pasukan Polis Marin Kampung Acheh berjaya menahan seramai 29 warga Bangladesh yang ditinggalkan di dalam sebuah bot di perairan Rungkup, 22 Julai lalu.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kampung Acheh, Deputi Superintendan Shaari Ariffin berkata, kesemua warga Bangladesh itu dipercayai mahu memasuki negara ini sebelum ditinggalkan.

Menurutnya, ketika tangkapan pada kira-kira jam 4 petang itu, tekong bot terbabit melarikan diri.

“Mereka mungkin menyedari kehadiran kami dan sempat lari dan tinggalkan begitu sahaja bot yang bawa warga asing berkenaan di persisiran pantai kawasan Rungkup.

“Warga Bangladesh berusia lingkungan 30an itu diletakkan secara berhimpit di dalam bot,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam.

Beliau berkata, kesemua mereka ditemui keletihan dan kelaparan kerana dipercayai sudah beberapa hari berada di lautan.

Bagaimanapun katanya, semua warga asing terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Teluk Intan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1963.

Sementara itu, Shaari berkata, pihaknya berjaya menumpaskan 15 kes melibatkan pelbagai kesalahan termasuklah kes Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Akta Perikanan, Akta Imigresen, Akta Dadah Berbahaya dan Akta perlindungan Perhutanan sepanjang awal Mei hingga pertengahan Julai ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");