Berita Hari Ini

Parlimen bahas nahas MH17 Rabu ini

tan sri pandikar

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat Khas untuk membahaskan usul mengenai tragedi nahas pesawat MH17 akan diadakan pada Rabu ini mulai 10 pagi, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam kenyataannya, Pandikar Amin berkata, beliau selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah menerima surat pemakluman memanggil mesyuarat khas Dewan Rakyat yang ditandatangani Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Perkara ini adalah selaras dengan Peraturan 11(3) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Sehubungan itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah telah menyusul dengan mengeluarkan pemberitahuan panggilan mesyuarat kepada semua ahli-ahli Dewan mulai hari ini (semalam),” katanya.

Pesawat MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dipercayai ditembak jatuh oleh kumpulan pemisah pro-Rusia di wilayah Donetsk, timur Ukraine, kira-kira 50km daripada sempadan Rusia pada Khamis.

Pesawat tersebut berlepas dari Amsterdam pada pukul 12.15 tengah hari waktu tempatan dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");