Berita Hari Ini

PM ucap takziah kepada keluarga Koperal Rajah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang terbunuh dalam insiden serangan hendap di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna malam tadi.

Perdana Menteri berkata, pihak berkuasa akan melakukan sedaya upaya bagi mencari dan menyelamatkan Konstabel Zakia Aleip, rakan setugas Allahyarham yang dipercayai diculik dalam serangan itu.

“Takziah kepada keluarga Koperal Rajah Jamuan yang gugur di Mabul. Kita akan lakukan sedaya upaya untuk cari dan selamatkan Konstabel Zakia Aleip,” kata Najib dalam laman twitternya hari ini.

Dalam insiden serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu, Rajah yang merupakan anggota Pasukan Polis Marin terbunuh manakala Zakia hilang dipercayai diculik.

Pengarah Operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Abdul Rashid Harun berkata penyerang yang menggunakan senjata berat berkenaan membuat serangan hendap dan membunuh anggota polis marin berkenaan kira-kira pukul 11.10 malam tadi.

Menurut Abdul Rashid, selepas melakukan serangan itu kumpulan terbabit melarikan diri ke perairan negara jiran. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");