Berita Hari Ini

Rakyat perlu percaya undang-undang negara

anthony

KUALA LUMPUR – Orang ramai perlu meletakkan kepercayaan ke atas penguatkuasaan akta dan undang-undang yang diwujudkan di negara ini.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anthony Kevin Morais berkata, sikap orang ramai khususnya pemberi maklumat yang kurang percaya terhadap institusi undang-undang menyebabkan sesetengah pihak takut untuk tampil membuat aduan.

“Secara amnya, masih terdapat ragu-ragu dan syak wasangka oleh orang ramai terhadap institusi dan sistem perundangan di negara ini. Orang ramai perlu tahu bahawa hak mereka sebagai pemberi maklumat atau saksi akan dilindungi dengan Akta Perlindungan Saksi 2009.

“Program Perlindungan Saksi ialah sebuah program yang bernaung di bawah Akta Perlindungan Saksi 2009, di mana perlindungan keselamatan dan bantuan kepada saksi dan keluarga yang berpotensi menghadapi ancaman diberikan kepada mereka.

Namun ramai yang tidak mengetahui dengan program ini,” katanya menerusi ucapan dalam Program Whistleblowing-Your Right, Our Commitment, di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya meneliti aduan dan dakwaan sebelum menyerahkannya kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Secara dasarnya ada tujuh buah agensi dan badan yang ditubuhkan dan diselaraskan untuk mendengar dan menerima aduan orang ramai.

“Ramai orang datang membuat aduan, mendesak pihak berwajib menjalankan siasatan ke atas pihaknya didakwa melakukan kesalahan tersebut. Namun apabila siasatan dibuat, pihak kami tidak menemui apa-apa, ia merugikan,” katanya lagi.

Justeru itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam membuat dan melaporkan aduan supaya tidak dituduh melaporkan dakwaan palsu kepada pihak berkuasa.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");