Jenayah

Ujian disisih keluarga

saudara baru

Kuantan: “Saya sanggup disisihkan keluarga hanya kerana cintakan Islam…tiada istilah menyesal kerana saya yakin keputusan dibuat ini tepat demi kebaikan diri sendiri di dunia dan akhirat.

“Cabaran dihalau dari rumah, saya anggap antara ujian keimanan dan kekuatan semangat sebagai individu muslim yang perlu yakin dan percaya sepenuhnya kepada Allah SWT,” kata saudara baru, Balqis Abdullah, 25.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia memeluk Islam tiga tahun lalu apabila hatinya tergerak berbuat demikian terutama selepas tiga tahun melakukan kajian terhadap agama suci itu.

Katanya, dia membuat kajian dan perbandingan antara Islam dengan agama asal dan hasilnya mendapati Islam adalah agama yang begitu lengkap dan sempurna dalam semua perkara.

“Hanya ada satu saja Tuhan yang patut disembah iaitu Allah SWT.

“Selama empat bulan saya sembunyikan daripengetahuan keluarga, namun selepas itu mereka mengetahui saya menganut agama Islam, bermula dari situ keluarga menghalau saya dari rumah,” katanya yang berasal dari Bukit Setongkol.

Balqis berkata, untuk mendalami ilmu agama, dia mengambil keputusan belajar di bawah Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) Bukit Sekilau selama satu setengah tahun.

Menurutnya, selepas belajar di PETAMA, dia bercadang melanjutkan pengajian di Institut Dakwah Islamiah PERKIM (IDIP), Pengkalan Chepa, Kelantan bagi mendalami ilmu agama seterusnya terbabit dengan akitiviti dakwah kepada saudara baru.

“Saya bersyukur kerana kini keluarga sudah mula dapat menerima walaupun tidak seratus peratus.

Saya sudah boleh pulang ke rumah,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");