Jenayah

Sambut Aidilfitri tanpa ‘mummy’

tanpa mak

Kota Bharu: “Memang terasa ada sesuatu yang hilang apabila ‘mummy’ tiada untuk sambut Syawal dengan kami.

“Tapi rasa sunyi itu ‘sembuh’ berikutan ‘daddy’ ada di samping kami selain saudara-mara lain,” kata Aisyah, 15, anak pasangan Azizul Raheem Awalludin, 38, dan Shalwati Norshal, 46, yang dihukum penjara oleh pihak berkuasa Sweden atas kesalahan mencabuli integriti anak.

Azizul Raheem yang juga Pegawai Tourism Malaysia di Sweden bagaimanapun dibebaskan awal Julai lalu, manakala isterinya masih dalam tahanan dan dijangka dibebaskan September depan.

Aisyah berkata, tahun ini adalah tahun pertama dia serta tiga adik Ammar, 12, Adam, 11, dan Ariff lapan tahun tidak bersalaman dengan ibu di pagi raya, malah semua persiapan menyambut hari lebaran turut disediakan ibu saudara Shaleena Norshal, 43.

“Kalau tidak, setiap tahun mummy akan ajak kami bersama-sama menyediakan biskut raya termasuk muruku untuk dijamu pada pagi raya.

“Mummy juga sibuk menyediakan pakaian raya kami, memilih baju raya apa patut dipakai, tetapi tahun ini semuanya disediakan Aunty Sally (Shaleena Norshal).

“Syukur daddy pulang saat nak sambut Aidilfitri dan Aunty Sally serta semua sepupu berkumpul di sini, jadi raya kami tetap gembira walaupun mummy jauh di sana,” katanya ketika ditemui di rumah Shaleena, 43, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu Azizul Raheem berkata, selain ketiadaan Shalwati, Aidilfitri ini adalah tahun pertama diraikan di Malaysia selepas kali terakhir merayakan bersama keluarga di sini, empat tahun lalu.

Katanya, meskipun merasa kelainan kerana tidak dapat bersalaman dengan isteri tersayang, beliau tetap tabah demi empat anak.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");