Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Shah Melawat Bazar Ramadhan Medan Gopeng

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini mencemar duli berkunjung ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng, dekat Ipoh.

Baginda tiba kira-kira jam 4.30 petang bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim dan dua anakanda baginda iaitu Raja Azlan Muzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Sultan Nazrin sempat meluangkan masa selama kira-kira 30 minit untuk melawat beberapa gerai yang beroperasi di bazar tersebut.

Sambil bertanya khabar, baginda turut membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa.

Pengunjung bazar pula tidak mahu melepaskan peluang keemasan untuk sudi bergambar dengan keluarga diraja itu yang begitu selesa mendampingi rakyat jelata.

Sementara itu, menurut Presiden Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Perkasa Negeri Perak, Suhaimi Derais, pihaknya berbesar hati menerima keberangkatan Sultan Nazrin Shah di bazar Ramadhan Medan Gopeng.
PERAKTODAY1

“Saya selaku wakil penjaja di sini merangkamkan jutaan terima kasih kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah kerana sudi mencemar duli melawat bazar Ramadhan Medan Gopeng tahun ini.

“Ini merupakan aktiviti tahunan yang sering kali dilakukan oleh baginda setiap kali tiba bulan Ramadhan,” katanya lagi.

Beliau turut menyatakan rasa bangga kerana mempunyai sultan yang berjiwa rakyat.

“Ia sekaligus menunjukkan contoh pemerintah yang sangat dekat dan mesra di hati rakyat,” ujarnya lagi.

Suhaimi berkata lagi, bazar Ramadhan Medan Gopeng mencatatkan jumlah pengunjung yang lebih paling tinggi pada tahun ini, berbanding tahun sebelumnya.

“Kita telah menyediakan 158 buah gerai yang menjual pelbagai juadah untuk berbuka puasa dan tahun ini, jumlah pengunjung telah meningkat berbanding tahun sebelumnya,” tambahnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kerana meluluskan tapak bazar bagi membolehkan ahli persatuan itu berniaga di sepanjang bulan Ramadhan.

“Terima kasih kepada MBI kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk terus berniaga di sini,” ujar beliau lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");