Perak Hari Ini

TNB Janamanjung Sumbang RM6 juta Untuk Projek CSR Di Perak

Setiap tahun, sejumlah RM6 juta diperuntukkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) Janamanjung Sdn Bhd bagi menjayakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan di Perak.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, peruntukan tersebut dapat membantu kerajaan negeri melaksanakan projek CSR yang dirancang.

“Melalui persefahaman bersama kerajaan negeri, pihak TNB bermurah hati untuk menyediakan peruntukan tahunan bernilai RM6 juta bagi menjayakan program CSR,” katanya.

Tambahnya, ini sekaligus menunjukkan contoh baik yang telah diamalkan oleh Government Linked Companies (GLC) apabila beroperasi di sesebuah negeri.

“Ini merupakan komitmen dan contoh GLC yang baik dalam negara kita khususnya di Perak.

“Apabila mereka beroperasi di sesebuah negeri, syarikat ini tidak melupakan tanggungjawab terhadap kerajaan negeri dan rakyatnya,” katanya lagi.

Peruntukan tersebut katanya, akan digunakan untuk melaksanakan pelbagai projek CSR di Perak.

“RM6 juta ini akan diagih-agihkan dalam bentuk projek CSR untuk kesejahteraan rakyat Perak,” kata beliau lagi.

Sementara itu, menurut Naib Presiden (Penjanaan) TNB, Zainuddin Ibrahim, peruntukan yang diberi nama Akaun Amanah Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) TNB Janamanjung itu disediakan sebagai tanda penghargaan kepada negeri Perak.

“Ini sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan negeri kerana sudi bekerjasama dengan pihak TNB dan memberi sokongan berterusan untuk pelabura di Perak,” katanya.

Katanya, sumbangan tersebut diharap dapat membantu golongan yang memerlukan di Perak.

“Peruntukan ini juga dapat membantu dari segi menggembleng usaha kerajaan negeri menyalurkan bantuan melalui program pendidikan dan program CSR yang lain,” katanya lagi.

Terdahulu, Dr Zambry telah menyaksikan Majlis Penyerahan Cek Bernilai RM6 juta daripada TNB Janamanjung Sdn Bhd kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan.

Cek berkenaan adalah peruntukan yang diberikan kepada Kerajaan Negeri bagi melaksanakan program-program berbentuk CSR di negeri itu.

Selain itu, dana tersebut juga digunakan untuk pembangunan program-program lain di negeri berkenaan antaranya program bantuan pembasmian kemiskinan, program bantuan pembangunan ekonomi, program bantuan pendidikan dan program CSR lain yang dikenalpasti oleh Jawatankuasa Pentadbir Akaun Amanah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");