Sukan Hari Ini

Amaran Zainal

amaran zainal

“JADIKAN ia satu pengajaran buat semua pemain dan tidak membiarkan ia berulang selepas ini.”

Itu kata pengendali Pahang, Zainal Abidin Hassan berikutan gol yang diraih oleh Lions XII dalam minit-minit tambahan sebelum perlawanan tamat berikutan salah faham pemain pertahanannya, Zeshan Rehman yang tidak mengawal bola selepas menjangka permainan diberhentikan oleh pengadil.

Situasi itu dimanfaatkan oleh pemain tengah tuan rumah, Faris Ramli yang mendapat hantaran daripada rakan sepasukan, Safuwan Baharuddin menewaskan penjaga gol Pahang, Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid.

Namun, Pahang tetap merangkul tiga mata penuh dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan bagi kempen Piala Malaysia 2014 selepas mencatatkan kemenangan tipis, 2-1 ke atas tuan rumah di Stadium Jalan Besar, Singapura sekali gus masih kekal selaku pendahulu kumpulan itu dengan enam mata.

Pahang meraih gol awal pada m-13 menerusi Dickson Nwakaeme dan pemain gantian, Mohd Fauzi Roslan pada m-88.

Dalam pada itu, Zainal Abidin mengakui gembira dengan kejayaan yang dilakar anak-anak buahnya dalam pertemuan itu yang dianggap sukar berikutan rekod kurang memihak Pahang sebelum ini di stadium tersebut.

Menurutnya, semua pemain mempamerkan satu persembahan yang konsisten dan mematuhi semua arahan ditetapkan.

“Mereka (pemain) menjalankan tugas masing-masing dengan baik selain serba menjadi dengan perubahan taktikal yang diambil.
“Memang malam tadi (kelmarin), ada perubahan dari segi gandingan pemain dan kita sudah kaji berdasarkan kekalahan ditangan Lions XII sebelum ini,’katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Dalam perlawanan itu, perubahan dilakukan oleh Pahang apabila Nwakaeme diletakkan sebagai penyerang solo bukan seperti kebiasaan digandingkan bersama Matias Ruben Conti yang direhatkan di bangku simpanan sebelum dimasukkan pada m-83 menggantikan penyerang kelahiran Nigeria itu.

Baginya, kejayaan itu masih belum mengukuhkan kedudukan Pahang dalam peringkat kumpulan dan menegaskan dua lagi baki perlawanan perlu dimanfaatkan sebaik mungkin untuk mengutip mata.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");