Sukan Hari Ini

Benatia kekal

benatia

PENGARAH sukan As Roma, Italo Zanzi menegaskan bahawa Mehdi Benatia akan terus kekal menjadi sebahagian daripada skuad itu musim ini.

Sebelum ini, Benatia menjadi rebutan beberapa pasukan antaranya Chelsea, Manchester United dan Bayern Munich.

Bagaimanapun, Zanzi memberitahu pihaknya belum bersedia untuk menjual pemain berusia 27 tahun itu dalam masa terdekat.

“Benatia adalah pemain Roma. Gosip yang berkaitan dengan dia sebelum ini tidak benar kerana kami tidak akan menjualnya.

“Dia tetap berlatih bersama dengan kami dan beliau seorang yang sangat profesional,” katanya.

Untuk rekod, Benatia direkrut oleh Roma dari Udinese dengan bernilai €13.5 juta (RM56 juta) pada awal musim 2013/14.

Difahamkan, kontraknya bersama Roma akan berakhir pada 30 Jun 2018.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");